- About us
- Online Services
- Media
- FAQS
- Policies
- Licensees
- Programmes
- Contact Us
Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Penyerahan Kuasa Kawal Selia Bekalan Gas Kepada Kerajaan Negeri Sabah Bil.1/2022 di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur telah diadakan pada 25 Ogos 2022. Mesyuarat ini telah dipengerusikan bersama oleh YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Ekonomi Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed.
Berdasarkan mesyuarat tersebut, dan seterusnya Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Penyerahan Kuasa Kawalselia Bekalan Gas Bil. 2/2022 pada 17 Oktober 2022, satu persetujuan secara prinsip telah dicapai oleh pihak Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk kuasa kawalselia bekalan gas diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 10 Januari 2023.