Skip to main content

Electricity Supply and Renewable Energy

Is the regulatory power for electricity supply and renewable energy will be taken over by Energy Commission of Sabah (ECoS)?

Adakah kuasa kawal selia bagi bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu akan diambil alih oleh Energy Commission of Sabah (ECoS)?

Yes, ECoS is taking over the regulatory power for both electricity supply and renewable energy in the state of Sabah.

Ya, kuasa kawal selia bagi bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu akan diambil alih oleh ECoS bagi seluruh negeri Sabah.

When will this take effect?

Bila ianya mula berkuatkuasa?

It is effective from 3 January 2024.

Ianya mula berkuatkuasa pada 3 Januari 2024.

Who will be impacted by the change of regulatory authority from Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) and SEDA to ECoS?

Siapakah yang akan terkesan dengan peralihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan SEDA kepada ECoS?

ECoS will oversee all electricity supply and renewable energy activities in Sabah as stipulated in the Enactments and Regulations. All of the existing licencees for regulated electricity supply and renewable energy activities in Sabah will continue operations under the jurisdiction of ECoS. However, for F.T of Labuan, ST continues to be the regulatory body for electricity supply while SEDA the regulatory body for renewable energy.

ECoS akan memantau kesemua aktiviti bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah seperti yang termaktub di dalam Enakmen dan Peraturan-Peraturan yang berkenaan. Kesemua pemegang lesen sedia ada akan terus beroperasi di bawah kawal selia ECoS. Walau bagaimana pun, bagi W.P Labuan, ST masih kekal sebagai badan pengawal selia bekalan elektrik dan SEDA bagi tenaga boleh baharu.

How will this impact my current operations?

Bagaimana ianya memberi kesan kepada operasi saya?

The shift in regulators will not cause any disruption to your current electricity supply and renewable energy operations/activities. ST, SEDA and ECoS have collaborated closely to ensure a smooth transition with continuous discussions, training, sharing of processes and database.

Peralihan badan kawal selia tidak akan menyebabkan gangguan terhadap aktiviti/operasi bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu. ST, SEDA dan ECoS telah bekerjasama rapat untuk memastikan peralihan yang lancar dengan perbincangan berterusan, latihan, perkongsian proses dan pangkalan data.

Is my licence still valid?

Adakah lesen saya masih sah?

Your existing licence will still be valid until or unless it is amended or revoked by ECoS as stipulated under section 111 Electricity Supply Enactment 2024 and/or section 66 Renewable Energy Enactment 2024.

Lesen sedia ada anda masih sah sehingga ianya dipinda atau ditamatkan oleh ECoS sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 111 Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan/atau seksyen 66 Enakmen Tenaga Boleh Baharu 2024.

How do I renew my licence after 3 January 2024?

Bagaimanakah saya memperbaharui lesen saya selepas 3 Januari 2024?

Renewal can be done virtually via ECoS webpage: www.ecos.gov.my. Should you have any further enquiries, you can email us at careline@ecos.gov.my or to contact us at +6088 205 574 (Telephone/WhatsApp).

Permohonan boleh dimajukan secara atas talian menerusi laman sesawang rasmi ECoS (www.ecos.gov.my). Sebarang pertanyaan boleh dimajukan melalui emel ke careline@ecos.gov.my ataupun menghubungi: +6088 205 574 (Telefon/WhatsApp).

Where can I access the new regulations under the Electricity Supply Enactment 2024 and Renewable Energy Enactment 2024?

Dimanakah saya boleh mendapatkan peraturan-peraturan baru di bawah Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Tenaga Boleh Baharu 2024 sebagai rujukan?

All regulation and guidelines can be accessed and downloaded through this webpage: www.ecos.gov.my.

Semua peraturan dan garis panduan yang berkenaan boleh diakses dan dimuat turun menerusi laman sesawang rasmi ECoS (www.ecos.gov.my).

Where are the offices of ECoS located?

Di manakah lokasi pejabat ECoS?

The head office and west coast regional office of ECoS are located at Level 10, Plaza Shell, 29, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Meanwhile, the regional office for east coast is located at Level 3, Wisma Saban, Lot 1 & 2, Megah Light Industrial Estate, Batu 7, Jalan Labuk, 90000 Sandakan.

Ibu Pejabat dan pejabat kawasan pantai barat ECoS ialah beralamat di Aras 10, Plaza Shell, 29, Jalan Tunku Abdul Rahman, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Manakala, pejabat kawasan ECoS bagi wilayah pantai timur berada di Aras 3, Wisma Saban, Lot 1 & 2, Megah Light Industrial Estate, Batu 7, Jalan Labuk, 90000 Sandakan.

Will the Federal Territory of Labuan be under the jurisdiction of ECoS?

Adakah Wilayah Persekutuan Labuan termasuk di bawah kawal selia ECoS?

No, the Federal Territory of Labuan will still be under the jurisdiction of ST for electricity supply and SEDA for renewable energy (specifically the Feed In Tariff Program).

Tidak, Wilayah Persekutuan Labuan masih berada di bawah bidangkuasa ST bagi bekalan elektrik dan SEDA bagi tenaga boleh baharu (khususnya Program Tarif Galakan).

Who do I contact for further enquiries?

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk sebarang pertanyaan?

You can email us at careline@ecos.gov.my or telephone no./WhatsApp no.: +6088 205 574.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan menerusi emel ke careline@ecos.gov.my ataupun menghubungi : +6088 205 574 (Telefon/Whatsapp).