Skip to main content

Pengumuman ICPT

KENYATAAN UMUM


99% PENGGUNA SESB TIDAK AKAN TERLIBAT DENGAN PELARASAN
TARIF ELEKTRIK YANG DILAKSANAKAN DI BAWAH MEKANISME
PELEPASAN KOS TIDAK SEIMBANG (IMBALANCE COST PASS-THROUGH –ICPT)


Tempoh: 1 Julai hingga 31 Disember 2024


Pengguna domestik
(a) Pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna domestik dengan unit
penggunaan elektrik sebanyak 1,500 kWj dan ke bawah (≤1,500kWj);
(b) Pengguna domestik dengan penggunaan elektrik melebihi 1,500kWj (>1,500kWj)
akan dikenakan surcaj pada kadar 4.06 sen/kWj;


Pengguna bukan domestik
(c) Pengecualian surcaj ICPT dikekalkan kepada pengguna bukan domestik dalam
kategori tarif voltan rendah yang terdiri daripada Perusahaan Mikro, Kecil
dan Sederhana (PMKS);
(d) Pengecualian surcaj turut diberikan kepada pengguna bukan domestik yang terdiri
daripada operator air dan pembentungan dalam kategori tarif voltan rendah;
(e) Pengguna bukan domestik selain di perenggan (c) dan (d) akan dikenakan surcaj
pada kadar 4.06 sen/kWj.


Berdasarkan pelarasan ini, keperluan tampungan subsidi bersasar daripada Kerajaan
Persekutuan adalah sebanyak RM97.77 juta bagi meminimumkan impak surcaj ICPT
sepanjang tempoh pelaksanaan ini, yakni dianggarkan sejumlah 99% pengguna SESB
tidak akan terlibat dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh ini.
Energy Commission of Sabah (ECoS)