KENYATAAN UMUM
Kursus dan Peperiksaan Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik dengan Cekap 2024
(EBE 2024 & PPPTEC 2024)
Siri 2
Sukacita dimaklumkan bahawa Energy Commission of Sabah akan menganjurkan Kursus dan Peperiksaan Enakmen Bekalan Elektrik 2024 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2024 (EBE 2024 & PPPTEC 2024) Siri 2 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 12 Februari 2025
Masa : 8.00 am – 5.00 pm
Tempat : Kota Kinabalu, Sabah
1. Syarat Kelayakan Penyertaan Kursus dan Peperiksaan EBE 2024 & PPPTEC 2024 Siri 2
(a) Individu merupakan pemegang Perakuan Pendaftaran sebagai Pengurus Tenaga Elektrik sedia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST)
atau
(b) Individu merupakan pemegang sijil Certified Energy Manager (CEM) daripada pusat latihan yang ditauliah oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
2. Peperiksaan Ulangan EBE 2024 & PPPTEC 2024
Individu yang telah menghadiri kursus dan gagal dalam peperiksaan EBE 2024 & PPPTEC 2024 yang lalu boleh mengambil peperiksaan ulangan pada Siri 2 ini.
3. Yuran Penyertaan Kursus dan Peperiksaan EBE 2024 & PPPTEC 2024 Siri 2
(a) Yuran untuk menyertai kursus dan peperiksaan EBE 2024 dan PPPTEC 2024 ini ialah RM120.00.
(b) Yuran untuk menyertai peperiksaan ulangan EBE 2024 & PPPTEC 2024 ialah RM55.00.
Kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyertai kursus dan peperiksaan EBE 2024 & PPPTEC 2024 boleh mengisi maklumat pada pautan https://forms.gle/xFoagNgNMwD3KVgr8.
* Sebarang perubahan tarikh adalah tertakluk kepada bilangan penyertaan peserta. TAMAT
