Skip to main content

📢 JEMPUTAN KE SESI SEMINAR PROGRAM GERAN AUDIT TENAGA BERSYARAT (EACG) DAN PENGURUSAN TENAGA UNTUK SEKTOR INDUSTRI DAN KOMERSIAL DIBAWAH RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (ZON Sabah)

Selaras dengan peruntukan bajet pembangunan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), bagi pelaksanaan projek-projek kecekapan tenaga di bawah Rancangan Malaysia ke-Dua Belas (RMK-12), pihak PETRA telah melantik SEDA Malaysia  sebagai agensi pelaksana untuk melaksanakan inisiatif Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) bagi sektor industri dan komersial. 

Di bawah program ini, pengguna atau pepasangan di sektor industri dan komersial yang tertakluk di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap 2008 (PPTEC – EMEER 2008) atau sektor yang berkaitan yang menggunakan tenaga elektrik sebanyak 100,000 kWj sebulan dan ke atas adalah layak untuk memohon Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) bagi menjalankan aktiviti audit tenaga di pepasangan, yang bertujuan untuk membantu menjimatkan tenaga dan mengurangkan beban kos utiliti. 

Sehubungan itu tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri sesi seminar yang akan diadakan seperti berikut :  

Seminar Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) dan Pengurusan Tenaga untuk Sektor Industri dan Komersial bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (Zon Sabah) 

Tarikh

:

4hb Julai 2024 (Khamis)
Masa

:

9.00 pagi – 1.00 tengah hari 
Tempat

:

Promenade Hotel Kota Kinabalu
Agenda

:

Seperti di Lampiran A
Bayaran

:

Percuma
Pautan Pendaftaran

:

http://www.bit.ly/eacg-sabah

 

Objektif seminar ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai peluang dan tawaran Geran Audit Tenaga Bersyarat (EACG) oleh Kerajaan. Tuan/Puan boleh membuat pendaftaran melalui borang pendaftaran kehadiran seperti di pautan sebelum atau pada 2hb Julai 2024. Pendaftaran terhad kepada 50 orang yang terawal untuk menghadir secara fizikal di mana pihak kami akan memberi pengesahan semula selepas pendaftaran. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai SEDA Malaysia, Encik Muhammad Haniff Hasif bin Ahmad Shah  di talian 03-8870 5852 atau 011-2386 0484,  emel haniff.hasif@seda.gov.my atau Encik Muhammad Zulkhairee Zabani di talian 03-8870 5814 atau 018-948 5525, emel zulkhairee@seda.gov.my