- About us
- Online Services
- Media
- FAQS
- Policies
- Licensees
- Programmes
- Contact Us
- Whistleblower
KOTA KINABALU: Sabah melancarkan Pelan Induk dan Halatuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040) bagi menangani keperluan jangka masa pendek dan membina daya tahan jangka yang mampan untuk industri tenaga negeri ini pada masa akan datang.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata pelan induk terbabit menggariskan hala tuju serta inisiatif strategik negeri dengan jangkaan kerajaan negeri akan mengambil alih kuasa kawal selia pembekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan pada Januari tahun hadapan.
Di bawah pelan tersebut, Majlis Tenaga Sabah akan ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Hajiji bagi memantau, menyokong dan memberi panduan ke atas pelaksanaan inisiatif jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang dirancang.
Antara objektif SE-RAMP 2040 adalah untuk memastikan bekalan kuasa yang berdaya
harap, dengan akses yang saksama dan liputan menyeluruh pada harga yang mampu milik, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk terus membekalkan elektrik kepada rakyat sambil memastikan kemampanan untuk masa depan Sabah.
Katanya, SE-RAMP 2040, yang digubal oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) merangkumi pelbagai strategi dan inisiatif untuk mengimbangi trilema tenaga bagi
memastikan ia terjamin, mampu milik serta kelestarian alam sekitar.
“TAMBAHAN PULA, DENGAN DASAR MESRA PELABUR HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (SMJ), KEPERLUAN INFRASTRUKTUR ASAS SEPERTI BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR KEKAL MENJADI KEUTAMAAN.
Hajiji berkata penubuhan ECoS melalui Enakmen Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Enakmen Bekalan Gas 2023 berikutan penyerahan kuasa kawal selia pembekalan gas dan juga fungsi Suruhanjaya Tenaga daripada kerajaan Persekutuan pada Januari tahun ini adalah sejarah bagi Sabah.
Katanya, ini menunjukkan komitmen dan kerjasama tinggi kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
“PELAN INDUK INI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU KEJAYAAN KERAJAAN NEGERI MENDAPATKAN HAK KITA DI BAWAH MA63,” KATANYA.
Beliau dalam pada itu mengulangi bahawa kerajaan negeri akan mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu masing-masing daripada Suruhanjaya Tenaga Persekutuan dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), tiga bulan dari sekarang pada 3 Januari 2024.
‘INI BERMAKNA KERAJAAN NEGERI AKAN DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN KE ATAS PERKARA MELIBATKAN PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG, PENYEDIAAN POLISI, SERTA PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR ELEKTRIK DAN TENAGA BOLEH BAHARU BAGI MEMASTIKAN IANYA SELARI DENGAN PELAN PEMBANGUNAN HOLISTIK SABAH.
“Pelan ini adalah kebanggaan kerajaan negeri kerana kita akan dapat melakarkan
laluan kita untuk memacu pembangunan sektor gas dan bekalan elektrik kerana kitalah yang lebih memahami keperluan tenaga negeri kita,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid berkata SE-RAMP 2040 telah menggariskan 16 strategi untuk menangani trilema tenaga
Antara strateginya ialah memastikan jidar simpanan penjanaan yang mencukupi,
mempelbagaikan campuran bahan api, dan perolehan sumber tenaga dan teknologi baharu untuk jangka panjang bagi tujuan mencapai keselamatan tenaga.