Skip to main content

ECoS Meninjau Persediaan Sabah Electricity Menjelang PRN Sabah 2025


ECoS-SE: ECoS Chief Operating Officer, Ir. Ts. Ridwan Saham along with officers from ECoS and SE during the monitoring visits to the Official Vote Tallying Centres.

KOTA KINABALU, 27 November 2025 – Suruhanjaya Tenaga Sabah (Energy Commission of Sabah, ECoS) bersama-sama Sabah Electricity (SE) telah menjalankan lawatan di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Putatan, Dewan Kebudayaan Penampang, Dewan Hasil LHDN Kota Kinabalu dan Dewan MAKSAK di Likas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, lawatan ini bertujuan untuk meninjau persediaan dan pelan kontingensi yang dibuat oleh SE bagi memastikan kelangsungan bekalan elektrik di pusat-pusat penjumlahan undi. SE akan menyediakan generator bergerak dan menempatkan pasukan teknikal di semua pusat penjumlahan undi di seluruh Negeri Sabah.

Sebagai tambahan, SE juga akan mengaktifkan Bilik Gerakan di semua daerah dan Ibu Pejabat. Pegawai-pegawai ECoS juga akan ditempatkan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Sabah ElectricIty bagi sama-sama memantau situasi bekalan elektrik sepanjang hari mengundi sehingga proses pengiraan undi selesai.