Skip to main content

Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik Sabah (AAIBES)

  1. AAIBES ditubuhkan dalam Akaun Amanah Disatukan di bawah subseksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan 1957.

  2. Tujuan AAIBES ditubuhkan untuk menerima sumbangan daripada industri bekalan elektrik di Sabah bagi membiayai program-program pembangunan industri bekalan elektrik di negeri Sabah.

  3. Tertakhluk kepada kelulusan Jawatankuasa AAIBES, sumbangan dana AAIBES hendaklah digunakan bagi tujuan seperti berikut:

    • program-program/projek-projek bekalan elektrik luar bandar yang diluluskan oleh Jawatankuasa AAIBES;

    • penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri bekalan elektrik termasuk (R&D) bagi pembangunan sumber-sumber tenaga baharu dan tenaga boleh baharu;

    • latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik;

    • program penggalakan penggunaan kecekapan elektrik;

    • pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik;

    • mengurus impak tarif elektrik;

    • bayaran pendahuluan atau geran untuk projek-projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa AAIBES;

    • bayaran saguhati kepada pakar bidang untuk membantu Jawatankuasa AAIBES dalam memberikan khidmat nasihat teknikal (Technical Advisory) yang melibatkan program-program/projek-projek (a) hingga (f) mengikut kadar bayaran diluluskan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah; dan

    • membuat pelaburan dalam simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah.

Permohonan dana AAIBES

 

  1. Pembiayaan ini terbuka kepada agensi-agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, IPPs, Badan-Badan Berkanun dan organisasi berdaftar yang mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam melaksanakan program/projek berkaitan. Sila muat turun Garis Panduan Tatacara Permohonan Dan Pengurusan Projek Di Bawah Dana AAIBES sebagai rujukan.

  2. Permohonan boleh diemelkan ke aaibes@ecos.gov.my dengan dokumen-dokumen seperti berikut (mana-mana yang berkaitan):

    • Profil syarikat

    • Salinan SSM terkini

    • Salinan akaun diaudit 3 tahun terkini yang disahbenar oleh syarikat audit

    • Perincian projek/program serta kos

    • Kertas Cadangan yang lengkap serta ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang membuat permohonan. Sampel kertas cadangan boleh dimuat turun di sini.