Skip to main content

Tiada Surcaj Dikenakan kepada semua Pengguna Elektrik di Sabah dan WP Labuan bagi Tempoh Julai 2025 hingga Disember 2025

KOTA KINABALU, 4 Jun - Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang atau Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh Julai hingga Disember 2025, yang akan mengecualikan surcaj kepada semua pengguna elektrik di Sabah dan WP Labuan.

Keputusan dibuat berdasarkan kos penjanaan yang terkawal yang tidak memerlukan pengenaan surcaj kepada sebahagian pengguna seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

 

Apa Itu Mekanisme ICPT? 

ICPT merupakan mekanisme di bawah Incentive Base Regulation (IBR) bagi semakan ke atas tarif elektrik yang dilaksanakan setiap enam (6) bulan, akibat daripada perubahan kos penjanaan sebenar berbanding unjuran bagi Tempoh Kawal Selia yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui rangka kerja IBR.

 

Manfaat kepada Pengguna 

Pelaksanaan ini akan memberi manfaat kepada keseluruhan pengguna, termasuk pengguna di bawah Pemegang Lesen Awam Pengagihan. Ini bermaksud tiada peningkatan bil elektrik untuk semua pengguna di Sabah sepanjang tempoh enam (6) bulan tersebut.