Skip to main content

ECoS Mengingatkan Keperluan Pematuhan Perlesenan Bagi Stesen Pengecas Kereta Elektrik (EVCS)

Haikal Zubir, Gentari Chief Operating Officer (L) briefing Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid, ECoS CEO and representatives from ECoS and EV Connection Sdn Bhd at BMW Motorrad Regas Premium Sabah.

Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, ECoS CEO presenting a EVCS license to Haikal Zubir, Gentari Chief Operating Officer at BMW Motorrad Regas Premium Sabah.

Ridwan Saham, ECoS COO presenting a EVCS license to Ir. Lee Yuen How 
EV Connection Managing Director at Build Your Dreams (BYD) Regas Sabah.

KOTA KINABALU, 1 Ogos - KOTA KINABALU, 1 Ogos - Energy Commission of Sabah (ECoS) ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat berkenaan pematuhan Enakmen Bekalan Elektrik 2024, yang menekankan kepentingan perolehan lessen untuk Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

"Sebagai langkah untuk memastikan pepasangan yang selamat dan mematuhi piawai bagi tujuan melindungi pihak umum, semua pengendali pepasangan EVCS mesti mendapatkan lesen sebelum memulakan operasi, selaras dengan keperluan dalam Seksyen 8 Enakmen. Kegagalan pematuhan ini akan mengakibatkan tindakan undang-undang dan hukuman berat diambil terhadap pesalah iaitu denda sehingga RM1 juta dan/atau penjara sehingga sepuluh tahun," kata Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif ECoS, dengan menambah bahawa denda harian boleh dikenakan untuk kesalahan berterusan selepas sabitan.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca oleh Ridwan Sham, Ketua Pegawai Operasi ECoS, semasa taklimat yang dianjurkan oleh ECoS bersama Gentari dan EV Connection Sdn. Bhd. dan turut dihadiri oleh wakil dari
BOMBA dan pihak berkuasa tempatan serta pihak kontraktor pemasang, dan pengendali infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV), yang diadakan di
Hotel Avangio pada hari ini.

Setakat 31 Julai 2024, ECoS telah meluluskan enam permohonan untuk lessen EVCS kepada syarikat-syarikat yang memiliki EVCS dalam premis mereka. "Hanya kontraktor elektrik yang bertauliah dan berdaftar dengan ECoS dibenarkan
untuk melaksanakan pemasangan EVCS termasuk penyelenggaraan berkala yang diwajibkan untuk memastikan pepasangan sentiasa selamat untuk digunakan," kata Datuk Ir. Abdul Nasser.

"Menurut data yang diperolehi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), walaupun setakat ini hanya terdapat 611 pengguna EV yang didaftarkan di Sabah dan W.P..Labuan, akan tetapi berdasarkan unjuran Dasar Tenaga Negara 2022-2040 akan terdapat sekitar 1,000 pengguna EV menjelang tahun 2025. Oleh itu bagi menyokong usaha ini dan mengambilkira pertumbuhan EVCS di masa akan datang, maka ECoS telah menyediakan suatu garis panduan EVCS bagi memastikan keselamatan pengguna EV dan untuk menyokong usaha Kerajaan Negeri ke arah peralihan ekonomi yang mampan dan rendah karbon,” ulas beliau. Selepas taklimat bersama pihak berkepentingan, upacara penyerahan lesen EVCS telah diadakan di premis BMW Motorrad Regas Premium Sabah dan Build Your Dreams (BYD) Regas Sabah yang terletak di Kolombong, Kota Kinabalu, yang merupakan antara kumpulan awal penerima lesen EVCS di Sabah. ECoS akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan rakan industri untuk menggalakkan penggunaan EV secara meluas di Sabah selari dengan agenda tenaga mampan sepertimana inisiatif strategik di dalam Sabah Energy Roadmap and Masterplan 204