-
AAIBES ditubuhkan dalam Akaun Amanah Disatukan di bawah subseksyen 9(1) Akta Tatacara Kewangan 1957.
-
Tujuan AAIBES ditubuhkan untuk menerima sumbangan daripada industri bekalan elektrik di Sabah bagi membiayai program-program pembangunan industri bekalan elektrik di negeri Sabah.
-
Tertakhluk kepada kelulusan Jawatankuasa AAIBES, sumbangan dana AAIBES hendaklah digunakan bagi tujuan seperti berikut:
-
program-program/projek-projek bekalan elektrik luar bandar yang diluluskan oleh Jawatankuasa AAIBES;
-
penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi industri bekalan elektrik termasuk (R&D) bagi pembangunan sumber-sumber tenaga baharu dan tenaga boleh baharu;
-
latihan dan pendidikan bagi pembangunan sumber manusia untuk sektor elektrik;
-
program penggalakan penggunaan kecekapan elektrik;
-
pembangunan dan promosi industri bekalan elektrik;
-
mengurus impak tarif elektrik;
-
bayaran pendahuluan atau geran untuk projek-projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa AAIBES;
-
bayaran saguhati kepada pakar bidang untuk membantu Jawatankuasa AAIBES dalam memberikan khidmat nasihat teknikal (Technical Advisory) yang melibatkan program-program/projek-projek (a) hingga (f) mengikut kadar bayaran diluluskan oleh Kementerian Kewangan Negeri Sabah; dan
-
membuat pelaburan dalam simpanan tetap yang ditadbir oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah.
-
Permohonan dana AAIBES
-
Pembiayaan ini terbuka kepada agensi-agensi Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, IPPs, Badan-Badan Berkanun dan organisasi berdaftar yang mempunyai kepakaran dan keupayaan dalam melaksanakan program/projek berkaitan. Sila muat turun Garis Panduan Tatacara Permohonan Dan Pengurusan Projek Di Bawah Dana AAIBES sebagai rujukan.
-
Permohonan boleh diemelkan ke aaibes@ecos.gov.my dengan dokumen-dokumen seperti berikut (mana-mana yang berkaitan):
-
Profil syarikat
-
Salinan SSM terkini
-
Salinan akaun diaudit 3 tahun terkini yang disahbenar oleh syarikat audit
-
Perincian projek/program serta kos
-
Kertas Cadangan yang lengkap serta ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat yang membuat permohonan. Sampel kertas cadangan boleh dimuat turun di sini.
-
