PEMAKLUMAN
Mana-mana syarikat pengilang dan pengimport bagi Kelengkapan Elektrik dan Elektronik terkawal yang memerlukan perkhidmatan seperti: -
- Perkhidmatan pensahihan dan pengesahan laporan ujian dari dalam dan luar negara bagi kelengkapan elektrik dan elektronik terkawal untuk tujuan mendapatkan Laporan Penilaian Ujian (TER).
- Perkhidmatan pengujian terhadap aspek keselamatan dan kecekapan tenaga (MEPS).
- Perkhidmatan ujian konsainan bagi kelengkapan elektrik dan elektronik terkawal.
- Perkhidmatan skim pensijilan barangan bagi peralatan elektrik dan elektronik terkawal.
- Perkhidmatan pembelian label ECoS-SIRIM bagi peralatan elektrik dan elektronik terkawal.
Permohonan boleh dilanjutkan kepada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. secara dalam talian (online) melalui pautan
Bagi skim pensijilan barang, permohonan boleh dibuat atas talian melalui pautan
Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi SIRIM QAS International Sdn. Bhd. melalui:
1. azidah@sirim.my
2. ridhuan@sirim.my
